Followers

Showing posts with label Majlis Pernikahan. Show all posts
Showing posts with label Majlis Pernikahan. Show all posts

Friday, 23 December 2011

Gambar Fasha Sandha Sebelum Mengakhiri Zaman Bujang

Fasha Sandha seorang pelakon yang boleh membawa watak airmata dengan baik kini bakal mengakhiri zaman bujangnya pada tahun hadapan. Kemungkinan besar, Lisa Surihani akan turut sama mengakhiri zaman bujang nya juga.

Berikut adalah 6 keping gambar terkini Fasha Sandha yang aggun dan cantik daripada Oh! Bulan








Semoga Fasha Sandha akan terus diberi ketenangan dalam meniti hari-harinya di dalam dunia hiburan. Terima kasih Oh! Bulan untuk gambar di atas.

Sensasi: Tarikh Nikah Yusry KRU dan Lisa Surihani Diumumkan Esok

PETALING JAYA: Selepas sekian lama berteka-teki mengenai tarikh perkahwinan mereka, pasangan artis Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim akan membuat pengumuman istimewa mengenai perkara itu pada Sabtu ini.

Jemputan mengenai pengumuman berkenaan telah dihantar oleh pihak KRU Studios kepada pihak media pada petang Khamis.
Majlis berkenaan akan diadakan pada pukul 10.30 pagi di Hotel Marriott, Putrajaya.

Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan KRU Studios, Norman Abdul Halim yang juga abang kepada Yusry ketika dihubungi bagi mengesahkan perkara itu hanya ketawa dan memberitahu akan menjelaskan perkara sebenar kepada pihak media pada hari berkenaan.

“Ia merupakan satu pengumuman istimewa dan pastinya ia akan diberitahu pada majlis nanti. Kalau saya beritahu sekarang tak ada kejutanlah,” katanya berseloroh.

Pada pengumuman itu nanti, ibu bapa Yusry iaitu Abdul Halim dan Zarina Fenner serta ibu Lisa, Siti Amira Ahmad juga akan turut serta.

Difahamkan Yusry dan Lisa akan bernikah pada awal tahun depan yang mana majlis berkenaan akan mendapat liputan secara langsung menerusi saluran Astro.

Pasangan tersebut sudah mula rapat sejak Mac lalu dan sering berhubungan menerusi telefon bimbit masing-masing sejak setahun yang lepas.

Kemudian kedua-dua mereka membuat pengakuan pertama pada bulan Jun bahawa mereka sedang menjalinkan hubungan lebih daripada seorang kawan dan menganggap ia sebuah perhubungan yang matang.
Eh! Sensasi: Wah.. wah.. pasti ini sangat di tunggu-tunggu oleh semua dan pastinya ramai jejaka akan kecewa jika mereka betul-betul bernikah

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
[close]