
MEULABOH: Seorang kanak-kanak perempuan yang dipercayai maut dalam tsunami yang menyerang Indonesia lapan tahun lalu kembali semula ke rumahnya di perkampungan kecil di Aceh Barat dalam keadaan selamat.
Kanak-kanak yang dikenali dengan nama Mary Yuranda kini 14 tahun, baru berusia lapan tahun ketika gelombang tsunami melanda perkampungan Ujong Baroh pada 26 Disember 2004.
Ibunya, Yusnidar, cuba untuk melarikan diri dari ombak tsunami di Lautan Hindi bersama anak perempuannya dan dua adik beradik lain apabila dia terlepas genggaman ibunya dan dihanyutkan air yang deras itu.
Yusnidar berupaya menyelamatkan dua lagi anaknya namun dia dan keluarganya lain akhirnya terpaksa pasrah dan menerima kenyataan bahawa Mary hilang...